Santai-Santai Kenal Dunia Anak Istimewa
Ramai orang selalu tanya saya, “apa sebenarnya Pendidikan Khas ni?” Ada yang ingat murid pendidikan khas ni semua sama, ada juga yang fikir mereka ni tak boleh belajar langsung. Sebenarnya tak macam tu ya π
Pendidikan khas ni ialah program khas untuk anak-anak istimewa yang perlukan cara belajar berbeza. Ada yang cepat faham kalau kita ajar guna gambar, ada yang perlukan banyak aktiviti hands-on, ada juga yang perlukan lebih masa untuk faham sesuatu.
Murid pendidikan khas ni pelbagai – ada autisme, ADHD, down syndrome, disleksia, masalah pertuturan, dan macam-macam lagi.
π Yang penting, mereka pun ada potensi besar. Kadang-kadang kita terkejut tengok bakat mereka – ada yang pandai melukis, ada yang cepat ingat lagu, ada yang rajin tolong cikgu.
Jadi, kalau jumpa murid pendidikan khas, jangan terus label “tak pandai” ya. Mereka cuma perlukan pendekatan berbeza.
Dalam blog ni, saya nak kongsi pengalaman, tips mengajar, bahan bantu mengajar yang mudah, dan juga cerita-cerita inspirasi. Harapnya perkongsian ni boleh buka mata ramai orang tentang dunia anak-anak istimewa π
Kalau awak cikgu, ibu bapa, atau sesiapa saja yang nak tahu tentang pendidikan khas, jom follow blog ni. Kita belajar sama-sama, santai-santai je ✨

Perkongsian yg bermanfaat
ReplyDelete