FASION SHOW KEMERDEKAAN 2025
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, sekolah telah mengadakan Fashion Show Kemerdekaan yang berlangsung dengan penuh meriah. Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan murid serta memberi ruang kepada mereka menonjolkan kreativiti melalui rekaan busana berinspirasikan Jalur Gemilang.
Para peserta tampil dengan pelbagai gaya menarik yang sarat dengan warna merah, putih, biru dan kuning – simbolik kepada bendera Malaysia tercinta. Kehadiran guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa yang memberikan sokongan menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Fashion Show kali ini bukan sahaja sekadar pertunjukan fesyen, tetapi juga menjadi medium untuk memupuk rasa cinta akan tanah air, selain membina keyakinan diri murid ketika beraksi di pentas.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat! Semoga semangat kemerdekaan yang terpancar melalui acara ini terus subur dalam diri setiap warga sekolah.




.jpg)
Menarik perkongsian puan berkenaan aktiviti sekolah
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan
Delete